RANGKAIAN PANTUN DARI RAKAN ALUMNI SEK. MEN TEKNIK JB (1985/1986)
Sesak perantau dijalan raya
Bas, motorsikal jua kereta Sembah salam diHari Raya Salah silap ampun jua dipinta Ketupat lemang bungkusan munjung Adat berSyawal tidak dilupa Yang jauh datang berkunjung Yang dekat ramah menyapa Sedap rendang berpatih serai Anyam ketupat tidak terburai Mana tersimpul mohon diurai Mana tersadung mohon dilerai Ketupat sepunjut diikat-ikat Lemang sebuluh dikerat pepat Yang jauh didekat-dekat Yang dekat dirapat-rapat |
Lemang berbobek pucuk pisang Lodeh berkuah pati santan Lama berampun berpasang-pasang Dipagi Syawal mohon keberkatan Dodol seupih perisa durian Jika ditanak mahunya lama Selamat menyambut hari lebaran Ampun dan maaf kita sesama Tidak jika bersua bersama Pantun dicoret pengganti diri Ampuni hamba dosa yang lama Dosa mengkome diampuni Azali Pantun Jawa : Nganyam tupat nang ngisor ondo, Godonge nipah digawe atep, Salah-silapku njalok ngapuro, Ketemu meneh neng taun ngarep |
Do'a Umum:
Dengan NamaMu, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Pengasihani
Segala puji bagi Dzat, Pencipta, Tuhan yang memiliki sekelian alam,
Yang Maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang;
Dan Yang Memiliki Hari Pembalasan (Hari Kemudian/Hari Kiamat);
KepadaMulah tempat kami berserah, beribadat,
Dan KepadaMulah tempat kami memohon pertolongan;
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus & benar, petunjuk yang benar, hidayah yang benar
Sebagaimana jalan-jalan orang yang telah Engkau beri nikmat, petunjuk dan rahmat ke atas mereka
Bukan jalan orang-orang yang kau murkai;
Dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat, agama yang sesat dan palsu
Perkenankanlah olehMu wahai Dzat yang penyayang......

Kongsi Tazkirah pagi Ahad,
8 April 2012 ; 16 Jamadil Alkhir
1433.- Ustaz Daud – UPNM, Surau Nurul Iman , AU 3.
1.
Ibnu Abas, sepupu Rasulullah s.a.w. yang rapat dan sama-sama membesar bersama
Rasullullah...berasa sedih dan menangis apabila mendengar Allah berfirman bahawa agama Islam telahpun sempurna. Apabila Abu Bakar bertanya, kenapa engkau bersedih? Bukankah kita patut bergembira sebab agama kita telah diiktiraf dan
disahkan oleh Allah sebagai sempurna. Kata Ibnu Abas, memang benar kita patut bergembira, tetapi jika Allah
telah berkata demikian, ini bermakna Rasulullah tidak lama lagi akan wafat. Abu Bakar pun bertanyakan kepada
Rasulullah s.a.w. tentang hal tersebut. Rasulullah berkata benar. Firman Allah tersebut membawa berita gembira dan berita sedih. Rasulullah akan pergi kerana tugasnya telah selesai dan sempurna.
Apabila agama Islam telah sempurna, maka tidak akan ada ayat –ayat yang akan turun lagi. Dan tidak akan
ada nabi yang akan lahir lagi. Sesiapa sahaja yang masuk kepada Islam selepas
itu maka Allah akan menerima Islamnya dan sah agamanya dan dijamin masuk syurga selagi mana ia tidak terkeluar dari Islamnya (mengikut seluruhnya panduan dari Al Qur’an).
2.
Jika ada sahabat2 Rasulullah yang belum pernah melihat Rasulullah s.a.w. dan bermimpi bertemu dengannya, maka Ibnu Abas lah orang yang paling tahu akan ciri-ciri Rasullullah. Dewasa ini, untuk kita mengetahui gambaran ciri-ciri Rasullullah
yang sebenar, belilah kitab Syamail Muhammadiyah yang terdapat di kedai2 buku, koperasi kedai buku U Malaya termasuk kedai buku ‘Popular’.Kita jangan mudah keliru. Memang benar Iblis tidak boleh menyerupai Rasulullah s.a.w
di mana-mana sekalipun termasuk di dalam mimpi, TETAPI Iblis boleh mengaku sebagai Rasullullah dan sebagai Tuhan. Maka pastikan kita dapat lihat ciri-ciri Rasulullah yang sebenar di dalam mimpi. Wallahualam.
3.
Apabila kita mendengar nasihat orang-orang seperti doktor, guru-guru, jiran-jiran, sahabat-sahabat bagaimana untuk menjadi sihat; contohnya seperti berjogging, jaga pemakanan, beriadah dan sebagainya, kita akan terus yakin dan percaya dan terus amalkan. Tetapi kita sepatutnya lebih yakin dengan kata-kata dan nasihat dari Allah. Firman Allah, kalau kamu nak sihat, kamu
bacalah Al’Qur’an. Maka yakinlah bahawa dengan membaca Al Qur’an kita akan terjamin sihat kecuali mati. Jangan
risau jika kita tidak cukup ilmu untuk baca al Qur’an seperti takut berdosa kalau salah baca atau sebagainya. Kita bacalah dengan kemampuan yang ada disamping berusaha untuk memperbaiki bacaan kita dengan terus belajar. Kalau semua orang takut membaca Al Qur’an kerana takut berdosa jika salah baca...maka tidak adalah orang yang akan membaca Al Qur’an. Sedangkan guru Al Qur’ an sendiripun kadang-kadang tidak boleh lari dari tersalah baca Al’Qur’an.
4.
Selalulah duduk di dalam majlis ilmu, kerana orang yang duduk di dalam majlis ilmu, akan dinaungi oleh malaikat
dengan sayap-sayapnya.
5.
Kata Abdullah bin Auf : Barangsiapa yang hendakkan dunia, maka carilah akhirat, barang siapa hendakkan hubungan baik
dengan manusia, jagalah hubungan baik dengan Allah. Bagaimana nak jaga hubungan baik dengan Allah, maka buatlah amalan-amalan yang terbaik. Solat itu adalah amalan yang baik tetapi yang terbaik lagi adalah solat berjamaah di masjid atau surau. Membaca Al Qur’an itu baik, berzikir , bersedekah dan sebagainya itu baik....tetapi yang terbaik itu buatlah secara berkekalan , konsisten setiap hari, setiap waktu kerana waktu kita didunia ini amatlah terhad.
6.
Antara tanda kita menyayangi ayah, ibu, anak , isteri dan suami adalah dengan memberi hadiah kepada mereka.....TETAPI sebaik-baik hadiah adalah do’a.Barangsiapa yang tidak mendo’akan ibu-bapa mereka , bukan lah terdiri dari anak-anak yang soleh.

Tunku Abdul Rahman -
|