Tahniah
Rabu, 3 Okt 2012 - Tahniah kepada Muhammad Azam bin Muhammad dan rakan-rakan kerana telah mengharumkan nama SKET dan Universiti Malaya kerana memenangi pertandingan My Inovasi http://www.myinovasi2012.com/ anjuran KPT pada 1-2 Oktober 2012.
Peserta Kumpulan pertama UM adalah Muhammad Azam bin Muhammad, Nor Farahain Nasrudin,
Nur Amalina Ahmad Thana'ani, Nor Izzati Abd Rahman, Ahmad Fadhli bin Abd Rahman Sazli,
Ilya Mohammad Irshad, Khairi Azri Shamsul Khairil, Siti Nur Syazwani Musthami @ Sohaimi, Mohamad Ashraf bin Sari. Mereka memegang ID kumpulan My-ZWBT2 - 1436 yang memenangi Zon Sentral tahap 2 membawa tema Smarty Hanger.
Senarai peserta kumpulan ke 2 UM akan dipaparkan kemudian.
Apa yang membanggakan dan membuat SKET rasa terharu, mereka semua pergi dengan modal tambang dan perbelanjaan sendiri, serta risiko sendiri tanpa ditemani atau diwakili oleh SKET kerana pihak SKET mendapat maklumat secara lisan di saat-saat akhir dan kesukaran mendapatkan tenaga SKET serta bekalan pengangkutan pada waktu tersebut. Kenderaan SKET pula hanya untuk kegunaan kecemasan kerana tiada pemandu berdaftar dan tidak cukup untuk menampung jumlah peserta. Semangat pelajar-pelajar berkenaan perlu dicontohi oleh pelajar lain. Terima kasih juga diucakpan kepada Prof. Madya Dr. Paramasivam Muthusamy (Pensyarah kelas) yang telah memberi dorongan kepada pelajar berkenaan.
Penyelaras.
(Laporan dari ARG SKET)